Happy Birthday!

Iinilah Irm , member baik

Nak cerita sikit about birthday member aku sorang ni . Aku and member (Nad and Eqyne) dah lama nak buat suprise for Irm . Pada hari Rabu , aku dengan member pergi satu tempat ni nak beli present . Penat kami cari barang for present Irm ni . Sudah longgar kaki kami . Banyak sangat berjalan babe . Round punya round akhirnya jumpa juga . Nak tahu apa barang tu ?



Inilah barang yang aku cakapkan tu . Peh! Irm ni suka gila dengan Ben 10 . I'm so weird with her . Apa nak jadi dengan member aku ni . But senang sikit nak beli barang cause kita orang dah tahu apa yang dia suka . Bantai aja janji BEN 10! Haha . Lepas sehari suntuk mencari benda ni . Nak cari kek pulak . Ni pun susah sikit . Kami plan nak beli kek yang corak Ben 10 . Ya lah , dia kan peminat number 1 dengan kartun ni . Masalahnya sekarang fulus maa . This month duit tak masyuk . Last-last , kami beli saja kek coklat dekat King's . Haha . Lagi bajet . Ah! Janji kek . Sapa beli kek? Akulah yang tukang beli . Lepas habis school aku dengan member aku , Farah , pergi serbu King's . Aku beli yang kecil saja . Nak buat apa besar-besar . Just kami-kami saja . Membazir saja beli yang besar . Nanti buang pulak .



Sorrylah . Kek sudah hancur . But still sedap :b


Pada malam Jumaat (6/2/2009) , aku dengan member-member termasuk Irm lepak rumah Eqyne . Kami buat macam buat tak ada yang berlaku . I mean macam hari tu bukan her birthdaylah . Sampailah pukul 11.30 p.m , kami mula buat kejutan . Nak buat 5 minit sebelum pukul 12.00 nanti tak sempat nak buat . Bak kata Eqyne ,"takut-takut sudah jadi orang lain pulak" . Yelah birthday Irm 6 haribulan . Then , Eqyne buat-buat nak balik beg dia yang Irm pinjam . Dia suruh Irm pergi ambik . Alah , rumah dia atas rumah Eqyne saja . Dah kata flatkan . Start itulah kami menggelabah nak prepared semua macam letak lilin , tiup belon and macam-macam karenahlah .Kami tunggu Irm turun bapak lama . Nad pulak sempat makan nasi . Haha . Yang aku tukang tengok Irm dah sampai belum . Tunggu punya tunggu Eqyne suruh aku call Irm yang elektrik tak ada . Aku cakap macam tu cause nak suruh dia turun cepat . Akhirnya kedengaran suara Irm di luar . Peh! Mencicit Eqyne and Nad masuk dapur . Haha . Yang aku ni macam penyambut tetamulah pulak . Aku buat muka takut-takut kononnya rumah Eqyne tak ada elektrik . Time tu pemandangan gelap gelita . Muka Irm pun dah cuak . Aku suruk Irm masuk . Time tu sumpah aku nak tergelak . Yelah aku ni tak reti nak berlakon nak kenakan orang .Aku terpaksa tahan gelak . Akhirnya Eqyne and Nad keluar dengan keknya sekali . Lepas tu kami nyanyi lagu birthday for Irm . Aku tak tahu macam mana muka Irm time tu . Happening habis oh . "Irm , inilah hadiah daripada kami . Hope kita kawan sampai bila-bila . Kami sayang kau"

Terima Kasih


Hidup aku ni memang banyak dugaan . Masalahnya always dengan family , kadang-kadang dengan boyfriend and macam-macam lagi . Huh! Aku ni otak tak betul sikit . Sometimes , if ada problem aja , mulalah buat kerja bodoh macam nak lari from my house , nak bunuh diri pun ada . Oh , dugaan-dugaan . Why lah datang dekat aku . Pecah otak aku nak fikirkannya . Aku perlukan bantuan . HELP! HELP!
Nasib baik aku ramai member . Im so lucky cause aku ramai kawan-kawan . Ada bestfriend dari kecil , from myspace and member-member sekolah aku . Merekalah tempat aku mengadu if I have a problem . Mereka macam guru kaunsling aku . Hahaha . Mereka always bagi sedikit advice kat aku . Kadang-kadang ada juga aku tak terima nasihat-nasihat daripada mereka cause ada yang aku tak boleh buat . Im sorry . Tapi tak apalah aku berterima kasih juga kat mereka sebab mereka tak berhenti-henti memberi semangat aku .
Sekarang hidup aku kembali ceria . Tanpa sahabat-sahabat aku , maybe aku dah tak ada kat dunia yang indah ini . Aku nak say thanks sangat-sangat dekat member-member aku cause tak penat bagi nasihat kat aku . Aku amat menyanyangi you all . Aku tak tau macam mana nak balas budi baik kamu semua . Aku tak kan lupa kamu semua . Insya-Allah , if you all ada problem aku akan tolong sebaik mungkin . Ok thats all. THE END :)