take care

My grandparents

Pukul 8.00pg aku dikejutkan oleh adik aku , nisha . Aku sedar cause dia bukak lampu kat bilik aku . Aku tak boleh orang bukak lampu time aku tidur . Alang-alang mata dah terbeliak aku pergi segarkan badan . Mandi time! After that baru aku makan nasi lemak . Kurang sedap masakannya . Sedap ke tak sedap dah lapar makan je lah . Selesai buncitkan perut , aku siap-siap semua cause nak hantar grandparents pergi KLIA . Mereka nak pergi umrah . Kemudian aku turun dengan uncle aku hantar beg untuk dimuatkan dalam van . Yang lain sibuk layan karenah cousin aku . Biarlah dorang . Tunggu punya tunggu nenek and atuk aku dah ada kat bawah tengah salam kawan-kawan seperjuangannya . Dah habis peluk-peluk cium-cium tu , baru kami gerak . Lama jugak perjalanan kami ke KLIA . Tibanya disana uncle aku pergi cari kereta sorong untuk letak beg-beg hikmat . Aku dengan angah pergi cari parking . Pening jugak nak cari parking . Tempat tu besarlah kata kan . Boleh sesat kot kat sana . Akhirnya jumpa jugak berdekatan dengan lif . Kami berdua pergi cari family kami . Cari-cari tak jumpa . Then angah call baru lah nampak mereka . Terbeliak mata aku kejap . Nak tahu kenapa? Tempat family aku duduk uh dikelilingi oleh mat-mat Bangla uh . Dah tempat lain untuk bersantai . So terpaksa lah . Aku tak nampak kelibat mak dengan adik aku . Lepas ditanya rupanya dorang pergi makan . Kebulur agaknya . Biarkan aja . Kami tunggu abang ayie cause dia lah yang uruskan semua about umrah my grandparents . Lama jugak lah . Sambil tu aku baca novel . Kebas jugak lah bontot ni . Selepas tu angah aku bercadang nak posing-posing amik gambar . So terpaksa lah . Aku ni yang jadi photographer . Dah satu jam menunggu abang ayie call yang mengatakan dia sudah sampai . Barulah kami sekeluarga gerak ke tempat dinyatakan oleh abg ayie . Tengok ramai jugak hamba-hamba Allah nak pergi umrah . Lepas buat checking beg semua kami menikmati roti telur . Sedap-sedap! Kemudian aku duduk-duduk sambil memikirkan homework . haha . Today aku ponteng! Tiba-tiba abang ayie suruh para jemaah umrah berkumpul nak bagi taklimat ringkas . Aku duduk belakang my mom . Selesai itu , mulalah detik-detik yang meyedihkan . Kami bersalam-salaman dengan nenek and atuk . Aku menangis dalam hati saja . Barulah mereka berdua gerak ke bawah . Kami sekeluarga melambai-lambaikan tangan . Sungguh menyedihkan . Lepas itu barulah kami balik .



p/s: hope my grandprents sihat-sihat disana . selamat pergi dan balik . Amin~